Prosedur Rawatan

Prosedur Rawatan di Darussyifa' Kota Kemuning.

1. Waktu rasmi rawatan di pusat rawatan adalah seperti di dalam jadual. Sebarang permintaan rawatan selain dari jadual di atas adalah bergantung kepada kelapangan perawat-perawat terbabit.

2. Sila daftarkan nama dan masalah di buku daftar yang disediakan. Tulis setiap nama yang memerlukan rawatan walaupun dari keluarga yang sama.

3. Tuliskan 4 angka terakhir kad pengenalan anda jika anda pernah mendapatkan rawatan di Darussyifa' Kota Kemuning. Dapatkan borang lama anda dari petugas kaunter, Jika belum pernah hadir, isikan borang rawatan yang baru.

4. Jika anda tidak membawa air kosong sendiri, anda boleh dapatkan air yang disediakan. Sila bayar harga air sebelum masuk ke bilik-bilik rawatan. Harga air adalah harga sebotol air mineral dan bukan harga untuk doa.

 

5. Tunggu hingga nama anda dipanggil. Sepanjang masa menunggu, anda tidak dibenarkan mengintai keadaan pesakit-pesakit lain yang sedang dirawat.

6. Setelah nama anda dipanggil untuk masuk, berikan borang anda kepada perawat berkenaan dan nyatakan masalah anda dengan ringkas.

7. Pesakit wanita dinasihatkan menutup aurat dan masuk ke bilik rawatan bersama mahram.

8. Patuhi arahan perawat sepanjang sesi rawatan.

9. Setelah selesai dirawat, air yang telah didoakan digunakan untuk minum dan juga di campur dengan air mandian selama 3 hari berturut-turut.

10. Rawatan adalah percuma. Anda dilarang memberi duit derma kepada perawat di dalam bilik rawatan. Jika anda ingin menyumbang, masukkan sumbangan anda ke dalam tabung yang disediakan di ruang menunggu.